BOXBE - I Don't Like It


Ada yang hantar mesej personal untuk minta bahan2 pengajaran dan pembelajaran diemelkan.

Sayangnya segelintir emel ditapis dengan Boxbe.

Maaf, saya tak join Boxbe sebab menapis emel personal menyukarkan urusan orang lain. Orang yang ingin hantar emel kepada kita perlu sign up atau buka akaun Boxbe.

Boxbe kononnya menapis emel2 yang tak perlu tapi sayangnya pertama kali orang hantar emel kepada kita sudah ditapis. Menyusahkan urusan rasmi dan melambatkan proses menerima emel daripada individu atau company.

Contoh notis Boxbe yang dihantar.


Bila klik anda dikehendaki memasang Boxbe pada emel anda.


Jadi Boxbe dalam kata lain adalah emel berangkai. Anda mahu hantarkan emel kepada orang yang menggunakan Boxbe, anda perlu buka akaun Boxbe.

Selepas anda buka akaun Boxbe, orang lain yang ingin menghantar emel kepada anda juga perlu membuka akaun Boxbe.

Step yang tak pernah putus.

Ya, memang sekali, tapi berkali-kali menyusahkan orang lain menghantar atau menghubungi anda melalui emel.

Sekian sahaja. Terima kasih atas kefahaman dan kerjasama anda.




Copy code di bawah:

0 0 taakulan :

Post a Comment