RPH Amali Solat [Contoh]


Alhamdulillah, siap sampel untuk RPH Amali Solat. Sampel saja, lepas ni boleh edit ikut citarasa.

Seingat Cekgu tahun lepas hingga bulan 7 sahaja RPH Amali Solat ni ditulis khusus satu page. Lepas raya buku RPH pun makin menebal dan baki page kosong tak banyak. Jadi bermulalah episode kurang menulis.

Umumnya kalau guna buku RPH, buku guru Pendidikan Islam selalu cepat habis sebab setiap minggu akan ada satu RPH khusus untuk Tilawah al-Quran, Jawi, dan Ulum. Tambah lagi Amali Solat. Dan Iqra'. Fuyh~ 6 RPH seminggu~

Tapi lepas daripada bulan 7 Cekgu kurang rajin menulis. RPH Amali Solat dan Iqra' pun ditulis bersama dengan RPH Tilawah al-Quran/Hafazan dan Amali Solat pula pada Ulum. Caranya dengan tulis Sisipan (Amali Solat/Iqra') - Fokus Bacaan semasa sekian dan sekian.

Huhuhuhuhuhu~ T________T;

Mungkin sekarang rajin balik. Taip siap RPH untuk Amali Solat (Iqra' masih sisipan dalam Tilawah al-Quran, dan Hafazan).

Setakat ni Cekgu share contoh penulisan RPH Amali Solat. Masih boleh dipelbagaikan dengan menambah aktiviti mengikut kreativiti dan kelapangan anda sendiri.

Klik baca sampai habis untuk download Contoh RPH Amali Solat.

 RPH Amali Solat

Silakan download dan gunakan dengan berhemah. Tenkiu.


Copy code di bawah:

0 0 taakulan :

Post a Comment