KSSR Pendidikan Khas Tahun 1 Semakan 2017 Masalah Pembelajaran


Rasa macam nak upload KSSR Pendidikan Khas Tahun 1 Semakan 2017 dalam blog ni~

Tapi bila difikirkan kembali, bila banyak sangat yang upload nanti hilang keaslian dokumen asal~

Jadi kali ini biarlah para pengunjung semua dapat klik ke website Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk mendapatkan DSKP Pendidikan Khas bagi KSSR Tahun 1 Semakan 2017~

Untuk ke laman tersebut boleh klik link di bawah~ Sebenarnya entri ini lebih kepada bookmark untuk Cekgu sendiri~ sebab website ni asyik hilang dari capaian bila selalu sangat clear browser history~ T___T;



Pautan terus ke link KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran~



Bye~ itu sahaja~ Harap dapat membantu anda mencari DSKP Semakan 2017~

Pautan ke RPT Pend Islam Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 2017~


Wassalam~

RPT Pendidikan Islam Pendidikan Khas [Masalah Pembelajaran] Tahun 2017


Okeyh, berita baik untuk semua bagi subjek Pendidikan Islam Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran sebab sudah siap buat RPT untuk Tahun 1 [Semakan 2017] hingga Tahun 6. Jadi, untuk kali ini, diizinkan edit sebab diupload dalam bentuk Micr Word. Tambah la yang mana patut seperti nama sekolah dan nama gurunya sama nama guru besar. Silakan.


Pendidikan Islam sahaja taw~ dan untuk Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

RPT PAI Tahun 1 Pend Khas BP

RPT PAI Tahun 2 Pend Khas BP

RPT PAI Tahun 3 Pend Khas BP

RPT PAI Tahun 4 Pend Khas BP

RPT PAI Tahun 5 Pend Khas BP

Pelaporan Perekodan KSSR Tahun 4 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran


Pelaporan Perekodan Standard Prestasi KSSR Tahun 4
khusus untuk murid PPKI Bermasalah Pembelajaran.

NOVEMBER 2021
FILE LAMA | HARAP TIADA YANG MASIH TERSILAP ATAU REQUEST EDIT ACCESS.

HARAP MAKLUM.


Subjek-subjek adalah seperti tersenarai di bawah.



Extra

Itu sahaja untuk KSSR Tahun 4 PPKI (BP).

Selamat memuat turun.

Sekian.

Copy code di bawah:

BOXBE - I Don't Like It


Ada yang hantar mesej personal untuk minta bahan2 pengajaran dan pembelajaran diemelkan.

Sayangnya segelintir emel ditapis dengan Boxbe.

Maaf, saya tak join Boxbe sebab menapis emel personal menyukarkan urusan orang lain. Orang yang ingin hantar emel kepada kita perlu sign up atau buka akaun Boxbe.

Boxbe kononnya menapis emel2 yang tak perlu tapi sayangnya pertama kali orang hantar emel kepada kita sudah ditapis. Menyusahkan urusan rasmi dan melambatkan proses menerima emel daripada individu atau company.

Contoh notis Boxbe yang dihantar.


Bila klik anda dikehendaki memasang Boxbe pada emel anda.


Jadi Boxbe dalam kata lain adalah emel berangkai. Anda mahu hantarkan emel kepada orang yang menggunakan Boxbe, anda perlu buka akaun Boxbe.

Selepas anda buka akaun Boxbe, orang lain yang ingin menghantar emel kepada anda juga perlu membuka akaun Boxbe.

Step yang tak pernah putus.

Ya, memang sekali, tapi berkali-kali menyusahkan orang lain menghantar atau menghubungi anda melalui emel.

Sekian sahaja. Terima kasih atas kefahaman dan kerjasama anda.




Copy code di bawah:

Pelaporan Perekodan Std Prestasi KSSR Tahun 6 [BP]



Semua subjek dalam satu fail ZIP.

Sekian terima kasih.




Copy code di bawah:

Pelaporan Perekodan Std Prestasi KSSR Tahun 5 (Bermasalah Pembelajaran)


Rasa macam dah upload Pelaporan KSSR Tahun 5 bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran).

Tapi takpe lah, untuk kali ni boleh pilih nak subjek yang khas ataupun semua subjek.

Tahun 5 sahaja. Tahun 6 entah ke mana hilangnya. In sha Allah akan diusahakan.

Pape pun kalau ada error atau masalah nak ubah apa2 maklumat dalam Pelaporan, Cekgu tak pasti, sebab tak cek semua pun, copy fresh dari CD.

Download semua tersenarai di atas. KLIK SINI.




Copy code di bawah:

DSKP & Pelaporan KSSR Pendidikan Islam Pendidikan Khas LD Tahun 5


Di sini Cekgu kongsikan DSKP semua subjek bagi PPKI Bermasalah Pembelajaran Tahun 5.

Cuma bagi Pelaporan, malangnya Pelaporan yang tiada dalam compilation ialah bagi subjek Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Manipulatif, dan Kemahiran Hidup.

Entah nak cari dari mana, nanti Cekgu cuba hubungi sekolah lama.

Biasa sekolah area Johor selalunya dibekalkan CD siap DSKP dan Pelaporan sekali. Untung kalau masih amalkan cara begitu.

Silalah download DSKP dan Pelaporan di bawah.



EDIT 2021
FAIL LAMA|SUDAH TIDAK DIGUNAKAN LAGI




Copy code di bawah:

[2016] RPH Pend Seni Visual Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4 Pendidikan Khas (BP)


Ini adalah kesinambungan daripada entri RPH PSV sebelum ini.

Tahun 1 Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran)


RPT Tahun 2 Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran)
sudah diupload sebelum ini.

Tahun 3 Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran)


Tahun 4 Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran)



Sekian, terima kasih.
.

Copy code di bawah:

RPH Amali Solat [Contoh]


Alhamdulillah, siap sampel untuk RPH Amali Solat. Sampel saja, lepas ni boleh edit ikut citarasa.

Seingat Cekgu tahun lepas hingga bulan 7 sahaja RPH Amali Solat ni ditulis khusus satu page. Lepas raya buku RPH pun makin menebal dan baki page kosong tak banyak. Jadi bermulalah episode kurang menulis.

Umumnya kalau guna buku RPH, buku guru Pendidikan Islam selalu cepat habis sebab setiap minggu akan ada satu RPH khusus untuk Tilawah al-Quran, Jawi, dan Ulum. Tambah lagi Amali Solat. Dan Iqra'. Fuyh~ 6 RPH seminggu~

Tapi lepas daripada bulan 7 Cekgu kurang rajin menulis. RPH Amali Solat dan Iqra' pun ditulis bersama dengan RPH Tilawah al-Quran/Hafazan dan Amali Solat pula pada Ulum. Caranya dengan tulis Sisipan (Amali Solat/Iqra') - Fokus Bacaan semasa sekian dan sekian.

Huhuhuhuhuhu~ T________T;

Mungkin sekarang rajin balik. Taip siap RPH untuk Amali Solat (Iqra' masih sisipan dalam Tilawah al-Quran, dan Hafazan).

Setakat ni Cekgu share contoh penulisan RPH Amali Solat. Masih boleh dipelbagaikan dengan menambah aktiviti mengikut kreativiti dan kelapangan anda sendiri.

Klik baca sampai habis untuk download Contoh RPH Amali Solat.

[2016] RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 2





RPT PSV untuk Tahun 2 sahaja.
Sebab baru dapat jadual dan perlu mengajar PSV Tahun 2.
RPT untuk lain tahun in sha Allah akan dikumpulkan jika berkelapangan.

Sekian. Terima Kasih.



Copy code di bawah: