[2016] RPT Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 hingga 6 PPKI (BP)


Alhamdulillah~ bertambah kelas tahun hadapan. Bermaksud adanya KSSR Tahap Dua.

Tapi yang lecehnya murid tahap dua kebanyakan sudah advance. Pandai godek2 komputer hatta yang Cekgu punya. Tapi jadi tanggungjawab kita guide murid memanfaatkan dan menggunakan dengan betul.

RPT Tahun 4 masih teratur pembahagian minggu2 yang dirancang PdPnya. Tapi bagi tahun 5 dan tahun 6 Cekgu pilih untuk fokus pada tajuk tertentu dan pembahagian minggu pun tak lagi teratur. Topik yang senang mudah diselitkan dalam setiap PdP. ^__^

Sekian. Silalah download RPT Teknologi Maklumat dan Komunikasi ni.

RPT TMK Tahun 4 [Fail Lama | DSKP Lama]

RPT lain klik baca sampai habis...

[2016] RPT Pendidikan Moral Pendidikan Khas (BP) & DS / DSKP Tahun 1 hingga 6


Okeyh~ di bawah ni koleksi Rancangan Pengajaran Tahunan bagi mata pelajaran Pendidikan Moral Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran untuk Tahun 1 hingga 6.

Cekgu susun ikut minggu saja. Dan yang ini versi jimat kertas. Almaklum kita sepatutnya paperless sudah, sebab e-RPI boleh buat RPH online.

Silalah skrol dan klik butang baca lagi di bawah untuk full entri.






[2016] RPT Pengurusan Diri & DS & PPPM & Pelaporan Pendidikan Khas (BP)








(Folder masih belum lengkap, jadi klik 1 per 1 link di bawah.)

[2016] RPT Pendidikan Islam Tahun 6 Pendidikan Khas (BP)



Last RPT bagi subjek Pendidikan Islam. Jadi termasuk yang ni complete sudah RPT untuk Pendidikan Islam.


Dalam RPT Pendidikan Islam Tahun 6 ni ada 3 surah hafazan. Kalau diteliti, minggu yang Cekgu peruntukkan untuk surah al-Asr amatlah sedikit. Sebabnya Cekgu amalkan pembacaan surah al-Asr setiap kali selesai belajar, jika berkesempatan~ dan sebelum pulang.

Jadi tiada masalah murid2 mahu menghafal surah ini. Jadi PdP sekadar menunjukkan cara yang betul dalam membaca surah al-Asr dan mengukuhkan lagi pembacaan dalam kalangan murid. Selebihnya adalah hafazan melalui bacaan beramai2 yang dibuat sebelum habis pelajaran dan sebelum pulang seperti bacaan tasbih kaffarah.

Sekian. Selamat Maju Jaya.


Copy code di bawah:

DSKP KSSR Tahun 6 Pendidikan Khas (BP)


Buat masa ini Cekgu hanya dapat bahan DSKP sahaja. Pelaporan masih belum dijumpai. Kemungkinan besar masih belum wujud. Hahaha. ^O^

Silakan download.


Copy code di bawah:

[2016] RPT Tahun 1, 2, dan 3 Pendidikan Islam PK (BP)


RPT Pendidikan Islam Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran)
bagi tahun 1 hingga tahun 3.

Untuk tahun 4 dan 5 sudah diupload dalam entri sebelum ni.
RPT tahun 6 tidak dapat disediakan sebab masih belum terima DSKP.





Di bawah adalah Rancangan Mengajar berdasarkan 
Modul Pengajaran j-QAF Amali Solat dan Iqra'.
Tak disusun ikut minggu pun, sebijik macam yang diberikan dalam buku panduan.
Bezanya yang ni sudah dijawikan...
Almaklum ini hasil menjawikan semasa praktikum dulu.
Sebarang kesalahan kasi tutup mata saja.




Agihan waktu Pendidikan Islam di Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

Bagi pembahagian waktu untuk sesi PdP tahun 2106, di atas adalah jadual waktu daripada KPM. 
Siapa yang pergi kursus memang fahamlah kan? Tapi untuk Cekgu sendiri yang 100 persen dapat daripada social network, ikut kreativiti sendiri la kot adjust timetable dan waktu yang sesuai.

Selamat mendownload.


Copy code di bawah:

[2016] RPT Tahun 4 dan Tahun 5 Pendidikan Islam PK (BP)


Hari ni Cekgu share Rancangan Pengajaran Tahunan Tahun 4 dan Tahun 5 Pendidikan Islam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dulu. Tahun lain akan menyusul kemudian. In Sha Allah.

Cuma RPT kali ni lain sikit dari yang sebelum ni.

Kalau dulu saban minggu ada pembahagian, tapi kali ni diedit terus daripada Draf Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Cuma yang bezanya ialah bahagian Tilawah al-Quran, Bacaan dan Hafazan, dan Jawi.

Erm… boleh tengok sendiri.

Berkenan atau tidak terpulang pada citarasa memasing. ^_^

Scroll sampai bawah ada link donlod.

Gambar2 RPT Tahun Empat












Gambar2 RPT Tahun Lima













Klik pada gambar untuk download [GoogleDrive]



 Untuk share harap sila bagi link belog bukannya link documents.
Sila beri kerjasama. Harap maklum.


Copy code di bawah: