Masuk hari
ni sudah 13 hari berpuasa di sini. Alhamdulillah, setakat ni juga tak pernah
aku tertinggal terawih tanpa sebab musabab yang utuh.
Erm… memang
satu pengalaman dan pengetahuan baru sepanjang aku ikut berterawih di masjid
berdekatan. Terjawab segala persoalan dalam cepu fikiran bila mendengar alunan
surah-surah pendek yang dibacakan imam.
Persoalan
utamanya aku musykil di mana murid-muridku belajar mengaji dan menghafal
surah-surah lazim. Hafalan mereka utuh tetapi sebutan pula yang kacau bilau.
Kebanyakan muridku tidak dapat menyebut huruf ha, ‘ha, dan ‘a dengan makhraj
yang betul. Huruf lain apatah lagi. Seperti yang aku biasa dengar mereka baca
doa “min khodzo” yang sepatutnya “min khaza”. Cuma waktu PI dan
BA saja yang selalu dipantau, tapi bila subjek lain dibiarkan berlarutan
begitu.
Ini belum
masuk bab surah-surah lazim. Tambahan pula mereka hafal melalui dengar dan
ikut. Bila aku tanya di mana mereka dengar ayat-ayat sedemikian, jawabnya di
masjid dan surau. Terdetik dalam hati aku, takkan imam pun baca salah juga.
Lagi-lagi
surah 3 Qul. Terkejut jugak aku dengar imam tambah harakat setiap ayat terakhir
surah al-Ikhlas. Ayat kedua surah an-Nas pula dibaca dengan panjang, maalikinnaas.
Mungkin dia kunfius atau terbiasa dengan bacaan ayat daripada surah al-Fatihah,
maaliki yaumiddin.
Tapi
setelah aku ikut serta terawih pertama di masjid berdekatan, memang sah. Tak
dapat dinafikan lagi. Kalau imam sudah salah, makmumnya pun akan salah juga.
Tiada siapa yang tegur imam. Aku pun hairan, imamnya bertauliah atau tak. Atau
sekadar tangkap muat. Hmmm…
Timbul rasa
was-was sama ada nak teruskan berjamaah di masjid tu ke tak.
Malam kedua
tu ada imam jemputan rasanya. Sebab dia baca surah al-Baqarah dengan tartil.
Tapi tak lama kemudian, malam seterusnya dan seterusnya, rakaat pertama sahaja
dibacakan ayat-ayat panjang, rakaat kedua dibacakan surah lazim.